Video - Sayu...Takziah Buat Keluarga Pahlawan Yang Gugur Di Lahad Datu

Takziah... Al-Fatihah buat semua pejuang yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara.
ISTERI kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, hari ini. Gambar kecil anak Allahyarham.
Khadijah Ismail sedih berikutan anaknya Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu semasa ditemui di Kampung Kubang Ikan Besut di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pasukan keselamatan supaya meningkatkan kawalan serta rondaan di kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengelakkan ia dicerobohi pihak luar.

Beliau berkata. ia penting bagi mengelakkan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah daripada berulang.

"Nampak begitu mudah sekali, satu pasukan tak canggih dapat masuk dalam negara kita. Ini bermakna kita harus tingkatkan kawalan kita supaya tiada orang boleh ceroboh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Tradisi dan Kesinambungan: Tenunan dan Tekstil Berhias Semenanjung Tanah Melayu di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, pembangkang sudah pasti akan mengggunakan isu berkenaan sebagai modal politik mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Pembangkang akan guna segalanya kerana pada mereka tak ada apa yang tak boleh dijadikan isu politik," kata bekas perdana menteri.

Pameran itu yang mempamerkan lebih 50 helai tekstil Melayu didedikasikan khas kepada ikon dan pencinta budaya Malaysia iaitu Allahyarham Azah Aziz.

Ia berlangsung di Galeri Khas 2, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan dibuka kepada orang ramai mulai esok, 2 Mac hingga 30 Jun depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...