Tun Daim: "Saya Akan Terus Menyokong Najib, DAP Bersifat Cauvinistik"

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berpendapat bahawa BN perlu meletakkan calon yang bersih dan mewujudkan perpaduan dalam gabungan itu jika ia mahu terus menang dalam pilihan raya.

Menurutnya, beliau percaya Datuk Seri Najib Razak akan terus diberikan peluang memenangi pilihan raya umum namun sokongan itu tertakluk kepada beberapa syarat.

"Saya akan terus menyokong Najib, tetapi beliau mesti memerangi rasuah dan jenayah, mengukuhkan keselamatan negara dan mengkaji sistem pendidikan," katanya.

Dalam wawancara sama, beliau turut membandingkan parti DAP dengan parti PAP di Singapura.

"PAP lebih cerdik, dan lebih berkira-kira, pendekatan mereka lebih berhemah. DAP sebenarnya sebuah parti Cina.

"Ia bukan parti pelbagai kaum. Ia bersifat cauvinistik tetapi mendakwa sebagai Malaysian Malaysia," katanya.

Beliau turut mengulas mengenai parti PKR, yang menurutnyna dipimpin secara solo oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parti yang dianggap lahir dari "jalanan" itu juga akan kembali ke jalan sama, kata Daim."Jadi ia akan kembali ke jalanan. Itulah budayanya.

"Justeru, kita dapat saksikan demonstrasi di jalan raya yang dianjurkan atau disokong oleh mereka," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, majalah antarabangsa, The Economist menjangkakan Barisan Basional (BN) akan tetap menjadi pilihan majoriti rakyat negara ini dan seterusnya memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat antara kekuatan yang akan menyumbang kepada kejayaan itu.

Undi terbanyak dijangka akan datang dari kawasan luar bandar.

Serangan fitnah pembangkang terutama melalui isu-isu lapuk seperti Altantuya dijangka tidak akan memberikan impak yang banyak.

Bagaimanapun majalah berkenaan turut bersetuju dengan pendapat umum bahawa PRU13 adalah pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...