Terkini - Sultan Sulu Istihar Gencatan Senjata Berkuatkuasa 12.30 Tengahari

MANILA - Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, hari ini meminta agar diadakan gencatan senjata susulan situasi semasa di Lahad Datu termasuk serangan pasukan keselamatan Malaysia ke atas kumpulan yang menceroboh wilayah Sabah sejak hampir sebulan lalu.

Selain itu, Jamalul juga meminta agar pasukan yang setia kepada beliau meletakkan senjata.

Beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mahu gencatan senjata (di pihak) Kesultanan Sulu berkuat kuasa 12.30 tengah hari ini (Khamis)," kata jurucakapnya Abraham Idjirani di sini.

Katanya, langkah itu diambil susulan permintaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam.

Idjirani berkata, meskipun gencatan senjata diumumkan tindakan mempertahankan diri akan diteruskan jika terus diserang.

Pihak Kesultanan Sulu berkata 10 anggotanya maut manakala empat yang lain cedera dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia kelmarin dan semalam manakala 10 yang lain ditahan pihak Malaysia.

Sebelum ini berita Bernama melaporkan, Malaysia dan Filipina akan memikirkan jalan terbaik berhubung sebarang tindakan undang-undang terhadap anggota kumpulan penceroboh bersenjata termasuk ketua mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, aspek ekstradisi ketua kumpulan itu, Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu, yang kini berada di Filipina telah diajukan kepada rakan sejawatnya dari Filipina.

"Ketua mereka telah memberi kenyataan yang membangkitkan kemarahan dan kebencian. Apakah Filipina mempunyai undang-undang untuk mengheret dia ke mahkamah untuk tindakan sewajarnya.

"Sekiranya tidak, kemungkinan Malaysia akan meminta supaya pihak Filipina menyerahkan dia kepada kita," katanya dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan oleh Datuk Ahmad A. Talib, malam tadi.

Beliau turut ditanya sama ada Malaysia akan memohon ekstradisi Jamalul Kiram III. Pencerobohan bermula 12 Februari itu mengorbankan lapan anggota polis Malaysia dalam usaha mengusir mereka dari Sabah.

Sambil menarik perhatian Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Filipina, beliau berkata: "Oleh kerana semangat Asean, kita boleh minta ekstradisi meminta supaya mereka dibawa ke mari."

Beliau memperjelaskan bahawa sebarang tindakan undang-undang yang diambil akan berlandaskan kepada apa yang sesuai dan baik untuk pihak Malaysia dan Filipina.

"Opsyen kita terbuka sampai kita melangkah ke satu (tahap), dan kita membuat keputusan dan mengadakan perbincangan dengan pihak Filipina," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai tindakan terhadap mana-mana penceroboh yang ditangkap -- sama ada akan didakwa di Malaysia atau dihantar pulang ke negara mereka.

"Ini tertakluk kepada perbincangan kita. Presiden (Filipina) meminta mereka menyerah diri dan balik ke negara mereka, dan Filipina berjanji akan ambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang mereka.

"Cara kita, (jika) polis kita menahan (mereka), kita juga boleh menggunakan undang-undang kita. Jika ia berlaku, bolehlah perundingan dijalankan antara saya dengan Setiausaha Luar Filipina, cara mana yang terbaik," jelasnya.

4 comments:

  1. JANGAN PERCAYA YANG SI HARAM JADAH KIRAM NI CALL PBB..TAK ADA HITAM PUTIH..KALAU DH MUNAFIK TU MUNAFIK JUGAK..PENIPU..TEMBAK SAMPAI MAMPOS JE SMUA PENGGANAS NI..NI SMUA TAKTIK NK MENGENDURKAN SEMANGAT PASUKAN KESELAMATAN MALAYSIA..SEKARANG SEMANGAT KITA TGH TINGGI,DIORANG CUBA NK "COOL DOWN" SEMANGAT KITA..JGN PERCAYA GENJATAN BABI NI..

    ReplyDelete
  2. NAK ELAK LEBIH RAMAI YG TERKORBAN...KATA NAK TUNGGU SAMPAI MATI...DAH TAK TAHAN KE?

    ReplyDelete
  3. aku sokong sgt apa yang diumumkan oleh PM dlm sidang media ptg td..selepas ini jgn benarkan satu pun bot dr pilipina (terutamanya sulu) melepasi sempadan kita di sabah..yg mencurigakan tembak saja..

    ReplyDelete
  4. Pedulikan tunjuk baik setan tu, ganyang terus penceroboh negara yang tidak berperikemanusiaan tu. Negara kita negara berdaulat apa jua musuh mesti di hapuskan. Mai tak di undang ada hati nak menjajah, pigi mampus lah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...