PIL KUDA DAN PISTOL SEMAKIN BERLELUASA DI KELANTAN

Pemuda cedera ditembak
polis
KOTA BHARU- Seorang pemuda cedera parah ditembak dengan empat das tembakan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Kuala Krai, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam, mangsa, Mohd Nasarul Fadil Mat Nasir, 23, dari Taman Desa SBJ Putra, Tumpat, cedera pada bahagian dada kiri, bawah pusat, betis kiri dan paha kiri.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata kejadian terbabit dipercayai bermotifkan pengedaran dadah dan senjata api.

“Semakan rekod mendapati mangsa mempunyai satu rekod kesalahan lalu iaitu memiliki senjata api. Motif kejadian disyaki terbabit dalam pengedaran dadah dan senjata api.Mangsa kini dalam keadaan sedar dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya ketika dihubungi semalam.

Jalaluddin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.Mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.Sumber:SH

Masyarakat di Kelantan seharusnya menyedari jenayah yang semakin menular di Negeri Kerajaan Islam PAS boneka kepada DAP ini. Jangan kita hanya menyalahkan polis semata-mata.Pemimpin mesti memainkan peranan dalam membendung jenayah yang sedang berkembang di Negeri ini.

Nilai-Nilai Islam mesti diterapkan dikalangan rakyat,bukan hanya sibuk berpolitik di pentas ceramah dengan bertopengkan Islam,rakyat dibiarkan tanpa memberi perhatian khusus apa yang menyebabkan berlakunya keadaan seperti ini.Pemimpin PAS seolah berehat panjang tanpa turun padang untuk meninjau masalah sebenar rakyat.

Dengan menggula-gulakan Islam sebagai dasar perjuangan,Dilihat pemimpin PAS tidak perlu berkerja keras kerana mereka tahu rakyat akan mengundi mereka,Bagi pemimpin BN pula mereka sentiasa Cakna dalam membantu rakyat yang memerlukan,Bukan sekadar memancing undi tapi ianya lebih kepada kewajipan seorang pemimpin.

Pendedahan demi pendedahan telah dilakukan terhadap kelemahan PAS Kelantan dalam mentadbir negeri, Diharapkan pengundi muda terutamanya membuat pilihan yang bijak pada pilihanraya ini,Kita cuba mengubah kerajaan untuk mewajahkan kembali Kelantan dengan lebih maju dan Islamik.Anda mampu mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...